Khamis, 7 Jun 2012

Video Kumpulan

BIODATA





Nama              :           Noriza Binti Mansor

No matrik       :           A 134833

Program          :           Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan Dengan Kepujian

Tahun pengajian         :           Sem 2 (2011/2012)

Semester         :           2

Tutorial           :           hari                  Isnin

                                   Masa               4 ptg-6ptg

                                   Tempat            Makmal Terabyte

Email              :           noriznasri@yahoo.com

Facebook        :           noriza mansor

No.hp              :           019-6327187

No.tel waris    :           013-4460300

Alamat                        :           A-1-12 Apartment Cendana ,Jalan Permaisuri 3, Bandar Sri Permaisuri
                                   56000 Cheras Kuala Lumpur

Rabu, 6 Jun 2012

10 KEPING GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI


Heart Mate II

Institut Jantung Negara (IJN) mencatat sejarah dalam dunia perubatan Malaysia melalui pengenalan jantung tiruan tanpa nadi dikenali sebagai Heart Mate II, berpotensi digunakan pesakit jantung kronik yang memerlukan sokongan jangka panjang.
Heart Mate II adalah sistem bantuan ventrikular kiri yang membantu jantung mengepam darah ke seluruh badan. Ia direka untuk bertahan lebih lama, melebihi lima tahun, justeru, memberi harapan kepada pesakit untuk tidak menjalani pembedahan pemindahan jantung. Digerakkan oleh bateri, Heart Mate II lebih senyap dan menyebabkan ia dikenali sebagai jantung tiruan tanpa nadi.

Sistem Heart Mate II merangkumi pam yang ditanam di dalam dada pesakit dan satu komponen terdiri daripada pam kawalan dan bateri berada di luar tubuh pesakit. Ia juga dihasilkan pengecas bateri dan monitor.

Heart Mate II direka dengan berat kurang satu kilogram dan berkeupayaan untuk mengepam darah sehingga 10 liter seminit. Ini membolehkan pesakit melakukan aktiviti harian dan tidak perlu berada di hospital.
Sebelum ini, jantung mekanikal yang digunakan oleh pesakit jantung kronik adalah seberat sembilan kilogram dan bertahan sekitar dua tahun. Pesakit yang menggunakannya juga tidak boleh mandi dan tidak boleh terdedah kepada hujan.


 
Wanita lumpuh kawal tangan robotic dengan minda


Pembalut Luka Dari Teknologi Nano
pembalut yang boleh menghentikan pendarahan hampir serta-merta di samping bantuan agen pembeku darah yang semulajadi ada dalam badan manusia.
Agen tersebut ialah trombin yang perlu disalutkan pada span dan mudah dibawa oleh tentera dan pasukan paramedik misalnya. Ukuran pembalut tersebut sudah memadai dengan saiz luka yang mungkin terjadi. Span separa bersalut itu ialah satu penemuan penting tourniquet (pembalut)dan kain kasa yang terbatas bagi menghentikan pendarahan.
Tourniquet tidak boleh digunakan ke atas kebanyakan bahagian anggota badan (leher misalnya), dan pembalut biasa yang lain pula merawat secara kimia serta ada kalanya mendatangkan kemudaratan dan komplikasi.
Thrombin telah pun diguna pakai badan menghentikan pendarahan. Hospital-hospital telah mula menggunakannya tetapi ia berada dalam bentuk cecair. Maka span perlu direndam segera sebelum digunakan merawat luka yang sebenarnya tidak praktikal untuk mereka di medan perang.

 e-rokok, satu cara elektronik untuk menghentikan tabiat merokok.

Alat itu kelihatan dan rasa seperti rokok. Asap yang dihembus keluar juga kelihatan seperti asap yang sebenar. Tetapi itu sahaja persamaan di antara rokok sebenar dan e-rokok.

E-rokok tidak berbau dan tidak berasap serta tidak akan membunyikan alat pengesan asap.

Ia juga dilengkapi alat pengecas, bateri,katrij dan pemipit. Bahagian kartrij, bateri dan gabus dipasang sekali agar e-rokok kelihatan seperti sebatang rokok biasa.

Sementara itu, apabila pengguna menyedut dengan menggunakan e-rokok, aliran udara dikesan dengan bantuan sensor.

Sebuah mikropemproses kemudiannya akan mengaktifkan gabus yang menukar kandungan nikotin kepada kepulan gas berwap. Kabus wap ini disedut oleh pengguna tersebut.



 
Hidrogel adalah bahan yang ditemui secara tidak sengaja oleh kumpulan penyelidik diketuai oleh Cairul untuk merubah keadaan fizikal penemuan pertama mereka iaitu bahan salutan tablet.
Bahan itu dihasilkan daripada komposisi sejenis bakteria selulosa yang diekstrak daripada nata de coco dan asid akrilik berada dalam keadaan cecair. Menurut Cairul, ia tidak mungkin dapat dikomersialkan.

Fizikal asalnya kelihatan seperti sekeping pepejal yang nipis tetapi selepas beberapa kali penyelidikan terhadap komposisi bahan dan jumlah cahaya yang dipancarkan, rupanya kini agak tebal dan keras.
Apabila disentuh selepas mengembang dalam rendaman, ia agak sedikit melekit tetapi kenyal dan keras sesuai dengan kajiannya untuk dijadikan sebagai tampalan (patch).

Hidrogel yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidik UKM itu boleh mengembang sehingga 1,000 peratus dan apabila sampai pada satu tahap ia akan pecah. Ia merupakan ciptaan pertama bahan jenis itu di Malaysia.

 
Tungku elektrik terkini dan sensasi

Produk ini diperbuat dari teknologi canggih dan merupakan inovasi terbaru bantal kesihatan(tungku elektrik).Bahan fabric(tungku elektrik) bantal ini diperbuat dari bahan anti-kuman/bacteria.
Ia tidak berbau dan diisi dengan cecair berubat .
Bantal ini amat bagus untuk tujuan mengelakkan artritis,
Sikit mata,servikal vertebra,sakit kepala,sakit gigi,kepanasan badan,mengelakka sakit leher,bahu,belakang,tergeliat,sakit tulang/otot reumatisme,sakit haid,sakit perut ,paling sesuai untuk perempuan lepas bersalin(berpantang) dan lain-lain.

Kelebihannya hanya cas dalam 5-8 minit dan boleh digunakan selepas itu selama 2 hingga 3 jam…..senangkan..

 

Silinder komposit hanya 4.7kg


TAMPIL dengan rekaan yang lebih ringan, unik dan paling penting dijamin tidak meletup dalam apa jua situasi, pengeluaran silinder gas petroleum cecair (LPG) komposit buatan tempatan bakal menyuntik inovasi baharu dalam penggunaan tong gas memasak.


Perubatan gelang ID amaran datang dalam pelbagai gaya hari ini dan diperbuat daripada bahan-bahan banyak. Kerana itu, harga boleh berkisar dari sangat murah kepada harga yang bersaing dengan barang kemas baik. Sejak anda harus memakai gelang anda sentiasa, gaya yang anda pilih adalah bergantung kepada kehendak peribadi. Anda juga boleh membeli beberapa gaya yang berbeza dan menukar mereka untuk memadankan pakaian anda.

Perubatan gelang ID amaran datang dalam gaya untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Mereka mudah dikenalpasti kerana mereka biasanya mempunyai simbol perubatan di hadapan seperti salib merah atau lambang kedokteran a. Gelang ID murah boleh dibeli dengan keadaan perubatan yang telah diukir atau dilukis pada gelang itu. Sebagai contoh, jika anda menghidap diabetes, anda boleh memilih gelang yang tertera dengan salib merah dan perkataan "kencing manis pesakit."

Mesin Ambil Air Sembahyang Automatik hasil ciptaan rakyat Malaysia sendiri




Dr Ismail berjaya menghasilkan tulang sintetik halal daripada sisik ikan.
TULANG sintetik daripada bahan kimia dan dan tulang binatang antara bahan yang digunakan secara meluas dalam bidang perubatan bagi tujuan pembaikan dan pembinaan semula tulang yang mengalami kerosakan.

Bagaimanapun, kos mahal dan isu etika serta keagamaan antara masalah timbul apabila menggunakan dua sumber tulang berkenaan.

Penyelidikan sekumpulan ahli akademik Jabatan Kimia, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diterajui Prof Madya Dr Ismail Zainol, menghasilkan tulang sintetik alternatif berasaskan sisik ikan yang jauh lebih murah dan terjamin keselamatan penggunaannya.

Dr Ismail berkata, sisik ikan mempunyai komponen kolagen dan bahan bioseramik hydroxyapatite (HA) membolehkan ia diproses menjadi tulang sintetik yang selamat dan halal digunakan selain mudah dihasilkan menerusi proses pemanasan saja.

Katanya, tulang sintetik daripada sisik ikan itu boleh digunakan bagi merawat kecederaan tulang termasuk dalam pembedahan ortopedik, telinga, hidung dan tekak, wajah serta pembedahan berkaitan pergigian.